Thursday, October 15, 2009
Monday, October 12, 2009
Sunday, September 27, 2009
Sunday, September 6, 2009
Wednesday, July 22, 2009
Tuesday, July 14, 2009
Untuk 21 Tahun Ke Atas Sahaja. Budak2 Jangan Baca.
Dari segi bahasa, perkahwinan membawa maksud pernikahan atau penggabungan antara dua unsur yang berlainan. Manakala dari sudut Islam pula, perkahwinan membawa maksud ikatan yang terjalin antara lelaki dan perempuan berdasarkan akad nikah atau ijab dan kabul yang sah.
Ijab bermaksud menyerahkan tanggungjawab dari wali bakal pengantin perempuan kepada bakal pengantin lelaki. Manakala kabul membawa maksud bakal suami menerima tanggungjawab di atas penyerahan bakal isteri tersebut.
Allah s.w.t telah menjadikan manusia dengan fitrahnya iaitu ingin hidup berpasangan, berkasih-sayang, harmoni dan sejahtera serta dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut adalah melalui ikatan perkahwinan.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: "Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam). Dia (Allah) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan..."
Berdasarkan Firman Allah di atas, jelas menunjukkan perkahwinan adalah bertujuan bagi menyambung keturunan, melalui cara yang dihalalkan dalam Islam. Perkahwinan merupakan satu ibadah, juga sunnah Rasulullah S.A.W.
Anas r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda bahawa: "perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."
Sebaik sahaja mendirikan rumahtangga, niat yang harus dipasang oleh pasangan suami isteri ialah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah. Apabila seseorang lelaki dan perempuan itu berkahwin, tanggungjawab mereka menjadi semakin besar, dengan itu perlulah mereka saling bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam memastikan rumahtangga yang dibina itu harmoni dan bahagia, terutamanya dalam membentuk pendidikan anak-anak yang bakal lahir.
Bagi pemuda-pemudi yang berkemampuan dari segi zahir dan batin, haruslah dia berkahwin bagi menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatannya. Hal ini bertepatan dengan riwayat daripada Alkamah r.a, Rasulullah bersabda, "wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya, perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan." Sesungguhnya perkahwinan dapat menjaga seseorang itu daripada zina atau maksiat. Wallahualam…
Monday, July 13, 2009
Perkahwinan
Begitu lah lumrah nya -
Keinginan bekerluarga tu adalah lumrah. Sedangkan malam ada siang nya, sedangkan matahari ada bulan nya, sedangkan ibu ku ada ayah ku kan dan sedang kan hidup kawan nya mati, kan semua nya tu adalah fitrah penuh keindahan, Fitrah anugerah Allah azzawajalla yan maha pengasih lagi maha penyayang. Itu juga lah fitrah sekira nya anda ingin membina keluarga muslim. Sekira nya tiada lagi keraguan anda pada Bait Muslim, dan sememang nya anda ingin hidup bekerluarga dan sememang nya anda layak bekerluarga tapi belum bertemu yang berkenan dihati.
Yang anda mahu -
Biar lah cantik dan biarlah segak. Biarlah berharta, keturunan pun dari yang terpuji dan biarlah adik beradik nya ramai tahu lah kita dia dari keturunan subur berzuriat nya. Tapi jangan pula lupa biar lah kuat pegangan Islam nya, Memang nya kita mengharapkan kebahagian dalam rumah tangga kita. Mungkin anda yang cintakan Allah dan Rasul tak sama mimpi nya dengan orang lain. Kita ingin bahagia bersama pasangan yang juga cintakan Allah & Rasul macam kita, kita ingin bahagia bersama pasangan yang juga cintakan jihad macam kita. Kita khalifah Allah sama macam dia. Kita rindukan syurga Firdaus dia pun macam tu, malah jika kita ditakdirkan bersama dan bahagia bersama anak-anak, kita nak bawa anak-anak kita bersama ke dalam syurga Firdaus. Ini lah impian kita, sebuah keluarga duat. Amat indah dan terlalu cantik sebuah cita-cita dan impian anda.
Sunday, July 12, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)